Friday 16 February 2018

Mandi Hadas

Tajuk: Ringkasan Mandi Hadas

Mandi hadas merupakan salah satu ibadat yang sangat dituntut oleh Islam kepada muslimin dan muslimat sebelum mengerjakan sesuatu ibadat. Mandis hadas amatlah penting dalam dititikberatkan dalam perlaksanaannya untuk mendapat kebersihan yang suci dari hadas besar iaitu haid, janabah, wiladah, nifas dan mati syahid.

Rukun mandi hadas terdapat dua iaitu:
1. Niat
2. Meratakan air ke seluruh anggota badan

Rukun ini sangatlah dititikberatkan semasa dalam melaksanakan mandi hadas.

1. Niat mandi hadas merupakan rukun pertama yang dilakukan apabila semua anggota badan telah dibersihkan dan suci daripada najis kecil dan najis besar. Sebelum kita berniat, kita hendaklah memastikan kotoran disemua anggota badan bersih dari najis. Mandi seperti mana anda mandi setipa hari. Cuci rambut dan anggota badan dengan pencuci dan sabun yang suci lagi halal. Setelah diyakini bersih barulah kita bersedia untuk mengangkat mandi hadas.

2. Meratakan air ke seluruh anggota badan.
Selepas kita mengangkat niat mandi hadas, kita hendaklah meratakan ait ke seluruh anggota badan seperti menyelat janggut, bulu ari-ari dan bulu ketiak, memastikan air dijirus pada kulit dan tiada sebarang halangan yang mengahalang air mengena kulit. Juga, apabila meratakan air ini kita haruslah mengikuti sunnah juga iaitu jiruslah serata mungkin. Andai was-was jirusan air hendaklah sekurang-kurangnya tiga kali dari rambut hingga hujung kaki (serata mungkin).

Wallahualam.

No comments:

Post a Comment