Friday 16 February 2018

Solat Witir

Tajuk: Solat Witir

Solat witir merupakan salah satu solat sunat yang dianjurkan oleh Islam sebagai ibadah pilihan dalam beramal.

Hukum melaksanakan witir ini adalah digalakkan (sunat muakad).

Witir dilakukan sebaik sahaja selesai solat sunat yang lain sebagai pentutup solat sunat yang lain sebagai contoh terawih dan solat sunat qiamullail. Yang diutamakan ialah

a) cara perlaksanaan yang selalu dilakukan iaitu rakaat 1 dan 3.
b) pembahagian rakaat solat witir dalam qiamullai.
c) bacaan tahiyat akhir terus tanpa tahiyat awal dalam rakaat 3 dan bilangan ganjil seterusnya.

Cara perlaksanaaan witir 1 rakaat:

Cara perlaksanaan witir 3 rakaat (2 kaedah).
Kaedah pertama:
Menunaikan solat witir sekaligus rakaatnya.
Rakaat pertama
1. Niat witir
2. Takbiratulihram
3. Membaca Iftitah
4. Membaca Al-Fatihah
5. Surah sunat
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud yang pertama
9. Duduk diantara dua sujud
10. Sujud yang kedua

Rakaat kedua
Ulang (4) hingga (10)
Bangun untuk rakaat 3

Rakaat ketiga
Ulang (4) hingga (10)
11. Duduk tahiyat akhir
12. Salam kanan ke kiri

3 rakaat (kaedah kedua)
Melaksanakan 2 rakaat dahulu kamudian 1 rakaat.

Rakaat pertama
1. Niat
2. Takbiratulihram
3. Membaca Iftitah
4. Membaca Al-Fatihah
5. Surah sunat
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud pertama
9. Duduk diantara dua sujud
10. Sujud kedua
11. Bangun untuk rakaat kedua

Rakaat kedua
Ulang (4) hingga (10)
12. Duduk tahiyat akhir
13. Salam kanan dan kiri

Rakaat ketiga
1. Niat
2. Takbiratulihram
3. Membaca Iftitah
4. Membaca Al-Fatihah
5. Surah sunat
6. Rukuk
7. Iktidal
8. Sujud pertama
9. Duduk diantara dua sujud
10. Sujud kedua
11. Duduk tahiyat akhir
12. Salam kanan ke kiri

Pembahagian rakaat solat witir sebagai penutup solat terawih dan qiamullai.
Solat terawih: boleh dilaksanakan:
1. Sebagai penutup iaitu selepas habis 8 rakaat atau 20 rakaat.
2. Dilaksanakan 1, 3, 5, 7, dan rakaat ganjil yang maksimum ialah 11 rakaat.
( boleh dilakukan sendiri/ jemaah dimasjid atau dirumah)

Qiamullai: boleh dilaksanakan:
1. 1/ sekurang-kurangnya hingga 3 rakaat terus selepas selesai qiamullai.
2. Melaksanakan 2 rakaat yang pertama selepas solat isyak /*terawih (seperti diatas). Kamudian simpan 1 rakaat untuk penutup ditengah malam qiamullai sebagai penutup (ikut kaedah 1 atau 2).

Rujukan:

Mohd Yaakub, M., Y. (n.d). Panduan Solat Sunat Cara Nabi S.A.W. Retrirved from http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/5.htm






No comments:

Post a Comment