Saturday 17 February 2018

Rukun Iman

Tajuk: .   Rukun Iman

Rukun iman merupakan salah satu rukun yang wajib kita percaya selain rukun Islam. Rukun ini merangkumi 6 pekara iaitu:

1. Pecaya kepada Allah SWT
2. Pecaya kepada malaikat
3. Pecaya kepada kitab
4. Pecaya kepada rasul
5. Pecaya kepada hari kiamat
6. Pecaya kepada qada dan qadar

Memahami maksud:
1. Pecaya kepada Allah SWT
Rukun pertama i
ni menuntut kita untuk mengenal sedalam mungkin akan kepercayaan kita tentang wujudnya Allah SWT. Allah SWT ialah tuhan kita yang esa dan agung.

Apakah yang dimaksudkan 'esa' dan 'agung'?
Menurut kamus dewan bahasa esa bermaksud tidak lebih dan tidak kurang dari satu manakala agung pula membawa erti tertinggi.

Bagaimana kita meyakini Allah SWT maha agung dan esa?
Allah SWT diyakini berdasarkan Al-Quran dan as-sunnah bahawa Allah SWT ini wujud dan memerintah dibumi yang nyata. Keyakinan kita terhadap Allah SWT akan menonjol apabila kita melihat kejadian demi kejadian yang tidak mampu dileraikan hanya berdasarkan hujah saintifik sahaja. Apabila kita memikirkan dan memandang sedalam mungkin akan diri sendiri, kita tidak mungkin berasa sunyi apabila melihat segala kejadian yang melibatkan wujudnya Allah SWT sebagai pencipta. Perasaan sunyi dan perlukan teman terubat apabila kita mengamalkan 'Ihsan' dalam mengenal lebih dekat siapakah tuhan kita. Sunyi sambil menitiskan air mata ketika berasa sayang dan dekat dengan Allah SWT menyebabkan kita lahir perasaan lega dan bersyukur lagi yakin segala yang Allah SWT ciptakan tidak akan gusarkan kita hanya kerana hujah saintifik menjelaskan ini dan itu 'ada' tanpa tuhan. Apabila kita meyakini segala saintifik dikawal oleh Allah kerana akan sifat Allah SWT 99 dinyatakan didalam Al-quran mencakupi segala penemuan saintifik. Oleh itu, yakinilah tuhan maha agung dan esa diatas segala penemuan saintifik.
SWT sememangnya mencakupi sempurna lagi maha agung dan esa untuk segala sesuatu.

2. Pecaya kepada malaikat
Rukun kedua menerangkan kita adanya malaikat dalam membantu Allah SWT mentadbir bumi. Setiap malaikat yang dicipta olehNya membawa tugas masing-masing.

Bagaimanakah kita mempercayai adanya malaikat?
Malaikat ialah hamba Allah SWT yang tidak nampak dan sangat mulia kedudukannya dikalangan ciptaan Allah SWT. Allah SWT telah menerangkan secara terperinci akan adanya makhluk Allah SWT ini dalam menguruskan pentadbiran ghaib Allah SWT. Kita pernah memikirkan adanya malaikat yang diutuskan oleh Allah SWT untuk segala permulaan dan pengakhiran pentadbiran manudia sebagai khalifah yang terpilih diatas muka bumi. Anggaplah kita jiwanya khalifah segala hukum hakam diakhirat dibantu oleh para malaikat yang tidak putus-putus membantu Allah SWT membuat kerja manusia sepanjang zaman sehingga datangnya kiamat.

3. Pecaya kepada kitab
Kitab yang disampaikan Allah SWT ada 4 yang dibawa oleh para rasul. Seperti kita sedia maklum kitab-kitab yang disampaikan adalah merupakan panduan yang sangat lengkap yang dibantu terjemahannya oleh as-sunnah oleh para cendiakiawan bijak pandai zaman dahulu kala. Kitab yang diajarkan kepada kita terutamanya Al-Quran didokong oleh para ulul-azmi untuk menjadi panduan dalam seharian kita dalam beribadat kepada Allah SWT. Pecayanya kepada kitab apabila kita membacanya dari hati dan akal setiap apa yang disampaikan oleh Allah SWT bagi setiap apa yang penting untuk 'pemahaman' sebagai seorang Islam. Disitu lahiranya 'iman' apabila hati dan akal memahami apa yang disampaikan oleh kitab-kitab Allah SWT.

4. Pecaya kepada rasul
Rasul ialah para nabi yang terpilih memerintah dibawah arasy Allah SWT. Kita memang sedia maklum bahawa wajibnya kita mengetahui akan adanya 25 para rasul yang diangkat darjat sebagai nabi terpilih. Pecaya kepada rasul mengingatkan kita supaya menyakini akan sahihnya kejadian nabi terpilih yang diangkat menjadi rasul. Kita memahami bahawa pada zaman nabi lagi, setiap yang berlaku memerlukan umat Islam embali kepada syiar dan jalan Allah. Adanya para rasul terpilih dengan penuh kasih sayang daripada Allah SWT menunjukkan kepada umat Islam pada zaman dahulu bahawa Allah sayangkan kita dan didatangkannya para rasul yang maksum untuk mengertikan kita segala ajaran yang disampaikan oleh Allah SWT melalui catatan Al-quran dan As-sunnah ikhlasnya cintanya Allah kepada kita sebagai umatnya dan disitulah kita lahir keimanan kepada para rasul, andai kita mencinta Allah SWT, kita lahir keimanan kepada segala yang datang dari para rasul.

5. Pecaya kepada hari qiamat
Hari qiamat ialah hari pembalasan kepada semua makhluk ciptaan Allah SWT terhadap kehidupan sepanjang hidup mereka dibumi. Hari kiamat didalam Al-Quran digambarkan sebagai hari yang penuh tangisan dan penyesalan disebabkan segala dosa yang datang akibat perbuatan makhluk ciptaan itu sendiri terutamanya manusia. Manusia berasa gerun akan berlakunya kiamat. Kiamat yang semakin hampir dengan manusia menyebabkan manudia sedaya upaya untuj beriman kepada rukun iman termasuk haru kiamat dan mengharap segala pertolongan Allah SWT. Hamba Allah SWT begitu meminta-minta akan perlindungan Allah SWT dengan penuh taubat nasuha dan diberikan segala kemudahan diakhirat kelak sebagai penghuni syurga

6. Beriman kepada qada dan qadar
Qada dan qadar ialah ketentuan yang ditetapkan oleh Allah akan qada-qadar setiap makhluk ciptaan Allah SWT. Qada dan qadar dapat dibahagikan kepada dua iaitu qada mubram(qada yang tidak dapat diubah ketetapan) dan qada muallaq (qada yang dapat diubah ketentuannya). Segala apa yang berlaku kepada kita itulah tanda ketetapan yang diberikan oleh Allah SWT dan Allah SWT memberikan kita nikmat untuk mengubah qada dan qadar agar kita menjadi hamba Allah SWT yang berjaya didunia dan akhirat.

Wallahualam.





No comments:

Post a Comment